Selalu Ada

Friday, May 18, 2012 | |












- jangan putus asa, jangan kecewa, mintalah pertolongan kepada ALLAH melalui jalan sabar dan solat -



 P/S : bila rasa sunyi, susah, sedih, kusut dan kecewa... bisikkanlah pada diri : 'sedih apa... ALLAH kan ada'
 insya Allah anda akan mendapat kekuatan .
tapi bila tiap kali anda rasa sunyi, susah, sedih, kusut dan kecewa... dan ada seseorang berkata pada anda : 
' sedih apa... ALLAH dan aku kan ada...' senyum dan bersyukurlah... kerana itu adalah  anugerah Allah buat anda!



storyboard inspired through :click here

the longest and the toughest journey are normally the most rewarding;
26 Jamadilakhir 1433 H
2257

Boxes of memories

Tuesday, May 8, 2012 | |

image
Assalamualaikum. 
Tetiba rasa nak menulis kat sini. Biasa melukis je kan. Kali ni nak menulis lebeh sket. Errr.... Sebenarnya lebih kepada 'merapu-rapu' kot. 'menulis' cam berilmiah sket bunyinya... Gua tak reti nak tulis bebenda serius lagi berilmiah ni. Penah jugak try test tulis benda serius (serius laa sangat) but at the end of the day, merepek jugakla hasilnya.... (T-T)y 

Ok. Sebenarnya nak cerita pasal kotak. No no no bukan kotak hitam kapal terbang tu... Cerita pasal tu apa pun gua tak tahu. Nak cerita pasal kotak-kotak gua masa study dulu dah sampai rumah...yiiiiiihi!!! 6(^^)9 Sebenarnya dah lama sampai. Berbulan dah tersadai kat bilik (Ayat kat atas tu saja diover eksaitedkan)...tapi baru hari tu tergerak nak bukak. Tu pun sebab teringat ada satu buku yang dibeli tak baca pun lagi. (tau beli je bacanya tak... Ish ish ish). So Cari punya cari... Habis empat kotak tu gua selongkar... Ye hasil daripada study selama empat tahun, gua berjaya mengumpul empat kotak je bubuku ngan barang barang ntahpape (buku sekotak je, yang lagi tiga tu... gua pun tak tau apa yang gua sumbatkan...aish). Tu kira sikit tu... Kalau nak banding ngan housemate gua...mau tujuh lapan kotak gak la... Dasat betol dorang ni. Banyak betol beli buku. Memang dua jempol gua bagi (^^)b ... 

Jadi.... Selongkar punya selongkar... Banyak bendela yang gua jumpa yang boleh buat gua terflash back memori masa blaja dulu. Ntahpape je. Lagi lagi tengok buku note gua... Notanya sikit je yang halaman lain habis gua lukis kartun. Dulu most of the time gua asyik ngantuk je masa lecture... Jadi untuk hilangkan mengantuk gua main lukis-lukis je kat nota. Bila selak pulak buku-buku rujukan masa study dulu... Peghhh, agaknya boleh jual balik kot... Bersih suci dan murni tanpa sebarang noda je buku gua tu. (al-alamatul kubro :buku jarang dibukak le tu) (--')... Kalau member gua yang lain habis buku tu warna warni dikejakan. Highlight point sana highlight sini... Haiyaaa nak highlight spotlight skang pun dah terlambat... (--') 

Bukak lagi kotak seterusnya... Ni rasa macam nak meroyan...dalam kotak tu macam-macam benda. Ada kad bas, kad matrik, kad makan warna pink tu pun ada... Kad kad befday dan kad raya yang member kasi... Segala macam hadiah dan souvenir yang dorang bagi kalau dorang pergi mana mana. Tag nama program-program... Flyers tak habis edar pun ada (--') *sandi' nya*.... Ok sudah... Tak payah hambur lagila... Gua boleh mengalami kemurungan yang dasat kalau terus menyelongkar semua isi kotak tu (T-T)

Benda benda tu sebenarnya takdala bernilai sangat. Takdak hal pun. Tapi cerita di sebalik semua benda tu. cerita tentang gua dan mereka (yang terlibat secara langsung ataupun tidak.heh). Gua rindu cerita itu sebenarnya. Gua rindu kenangan bersama mereka. Mereka yang susah gembira bersama gua. Tidur dan berjaga sebab buat assignment ngan hapal nota exam bersama gua ( errr dan biasa guala yang lelap dulu...heeee). Yang kalau gua susah diorang tak biar gua susah sorang sorang. Yang tau bila masa gua ok dan tak ok. Gua cakap gua 'ok' pun dorang tetap boleh detect ada benda tak ok ngan gua. Dorang tau habit gua macam mana. Apa gua suka makan...warna apa gua suka. Saiz kaki gua... Boy band mana yang gua minat (**,) ... Kadang gua rasa mereka lebih tahu pasal gua banding gua sendiri kenal gua camna. Pelik kan? Sebab tu gua sayang diorang <3 

Untuk 'korang' (sesapa je la yang terasa ye...ngehngehngeh)... Korang memang sahabat paling awesome dan mega giga nano best atas muka bumi ni. Gua sayang kamu semua... Sahabat dunia akhirat yang sentiasa menceriakan hari gua... Teringin jumpa kamu semua lagi... \(^^)/ 

Okla... Dah habis goreng da kat sini. Buku yang gua cari pun dah jumpa. Baca je tak habis habis lagi. Tak taula kenapa lambat sangat habis padahal tak tebal mana pun. Cerita pun best je... Tajuk takyah dimention kan lah kat sini kang best selling lak buku ni... Hahahaha. Tu je. Signing off, till we meet again (in the next entries). Insya Allah.

 P/s: maap sangat sebab post berunsur personal sket... *eh? sapa kesah kan?*


glosari : sandi' means teruk... (lebih kuranglaaa)



Selamat Hari Lahir

Friday, November 25, 2011 | |


- * dedaun berguguran... membuktikan kedewasaan...
walau tanpa madah dan hadiah...
namun cukup untukmu...
sekadar ucapan....
Selamat Hari Lahir...
Iringan doa ku hulur...
Bersyukur kepadaNya...
atas nikmat usia...

Selamat Hari Lahir Khai!
19 NOV 2011 -


p/s : minta maaf banyak- banyak sebab lambat post... jangan marah ok (^^)y

* lagu saujana... tajuk tak ingat. heee



Salam Maal Hijrah, May Allah bless!
29 Zulhijjah 1432 H
1651

Cinta Tanpa Syarat

Sunday, November 20, 2011 | |

IKLAN : ok ok, tajuk berunsur jiwang sket.... sekius me, nak gi toilet jap... *muntah*




OK, bagi gua... definisi cinta tanpa syarat tu bererti....








- 'who should i give my love to? my respect and my honor to?... who should i thanks the most to... after Allah and Rasulullah?'
'your mother'
'who next?'
'your mother'
'who next?'
'your mother...and then your father' - 
(your mother) Yusuf Islam and the kids (based on The prophet Muhammad SAW hadith)



p/s : 'kamu tidak akan benar-benar mengerti perasaan seorang ibu terhadap anaknya sehinggalah kamu menjadi seorang ibu' - anonymous






Thanks Mom, 
for every step and breath you take... may Allah bless you
24 Zulhijjah 1432 H
1839

A Broken Mirror

Wednesday, November 16, 2011 | |


- When someone puts a 101% of trust on you... value it. It's an honor. And it's priceless -


p/s : cermin pecah ni bahaya kalau guna... tajam...nanti luka sendiri. Jadi baik buang je, belilah yang baru. Peace! (^^,)y




Spread love, spread salam...
Assalamualaikum everyone! may Allah bless
20 Zulhijjah 1432 H
1205

Powered by Blogger.