Ini Untuk Kamu!

Monday, April 25, 2011 | |


Assalamualaikum... semoga kamu semua yang membaca entri ini sentiasa berada dalam payungan rahmat dan lindungan kasihNya.

Kali ini nak bercerita pasal orang-orang rumah gua. Semua sekali ada sembilan orang termasuk gua yang awesome ni. heh. Tapi gua tambah sorang lagila x-housemate sebab dia dah grad. Kalau tak nanti dia menangis guling-guling . Payah lagi gua nak ke kedai carik lolipop pujuk dia.. :P. Ok jom sekodeng dorang... 


Yang pertama sekali cik Munie Zain. Dia ni takda kaitan persaudaraan pun ye dengan Maher Zain ataupun Anuar Zain tapi ada kaitan dengan Adnan Mat Zain (abe ne ni abe kandung dio...senior kitore *erk tetiba kecek klate pulak* ) :P. Dia ni terer jahit baju. Bagitau je nak 'pesen' apa dia boleh buat ok. Kalau buat dat baju tu tutup mata pun dia boleh buat. ehehehehehe. Gua bagi gelaran 'The Designer' sebab gua rasa dia ni ada potensi masuk Project Runway... Dia ni sebenarnya bakal-bakal kakak ipar tak jadi gua (sebab dia ni rajin kemas dapur- dan gua tak suka tengok dapur sepah. ngam la kan?). Yang tak jadi kakak ipar tu sebab gua bukannya ada abang pun... ngiahahahaha 

Pegi yang kedua cik kecil molek Ckyn nama dia. Suka sangat makan tempe dia ni. Kalau Facebook ada Mark Zuckerberg jadi Founder... haaa rumah kitorang dialah 'The Co-Founder' (co- je, founder rumah mestilah landlordnye kan...) sebab beliaulah yang berjaya menemui rumah sewa dan ber'deal' dengan landlord kitorang ni. Bab cari rumah dia ni memang pakar... :P . Owh lagi satu dia ni memang champion la bab assignment. Kerja satu sem dia boleh buat semalam je. Dasat tak dasat..... *tabik spring laju-laju tujuh kali

Jeng jeng jeng siapa mangsa seterusnya? Oooo cik Salmee rupanya. Dia ni dah grad, sambung master jadi masihla stay dengan kitorang. Gua bagi gelaran 'The Carrier Woman' sebab dia ni memang wanita bekerjaya. Eh, bukan takat bekerjaya tapi banyak kerjaya ok. Banyak keja part time dia buat... jadi RA, kerani dekat pusat tusyen.... belum masuk side income bisnes printing dia lagi. Jual jubah Kak Aini pun ya jugak... banyak tak banyak keja dia... hehehe (jangan marah naaa salmee).


Mangsa seterusnya adalah cik Lieza. Orangnya cun dan pendiam. Kalau tanya sepatah dia jawab sepatah. Tanya berpatah-patah dia jawab sepatah jugak. Sebab tu gua bagi gelaran 'The Silent'. Dia ni suka main game Zombie... hahaha. Lagi satu kalau musim exam kan dia la yang gua tengok asyik baca nota dan pegang buku. Sebab tu la gua lukis gambar dia pegang buku tu. Errrr... member yang lain jangan tension pulak ok, korang pun rajin jugak kan baca nota time exam... hihihi

Mangsa seterusnya serius cakap dia ni la gua paling susah nak bagi gelaran apa. Bila gua pikir balik benda yang paling gua ingat pasal dia adalah kalau dia menjerit :P. Tu pasal lah gua letak 'The Mega Bass'. Zura jangan marah nooo. Dia ni takla asyik menjerit tak tentu pasal. Kalau terkejut je la. Dulu masa kitorang layan cerita 'Kasihku Seru' memang tiap-tiap malam jumaatla area Vista Angkasa gegak gempita mendengar jeritan kitorang (sebenarnya bukan dia sorang je jerit-jerit kalau tengok cerita seram... kitorang pun sama :P).

Ehem yang seterusnya... dia ni la yang gua cakap x-housemate tu. Cuya nama glamer dia. Sekarang ni sambung dekat IPG di Johor. Gua letak 'The Human-Resource Executive' tu bukan apa. Sebab dulu boleh dikatakan semua orang dekat Fakulti kitorang tu dia kenal. Dekat rumah dia ni kena panggil Kak Long. Seronok kawan ngan dia sebab dia ni sporting dan banyak menda dia tau... :D


Mangsa keadaan yang seterusnya adalah Jai! Yang best dia ni pandai masak. Bagitau je kek apa dia boleh buat punya. Kek batik? kek marble? kek coklat? kek kukus? semuanya dalam kocek dia... Kektus je la yang dia tak pandai buat gua rasa. Sebab dia pandai bab-bab 'baking-baking' ni... gua pun bagila dia gelaran 'The Patissier'... :P

Ok, cerita seterusnya pulak pasal Wanie. Dia ni calon paling junior la di rumah kitorang. Gua bagi gelaran 'The Financial Consultant' sebab beliau ni pandai urus kewangan. kihkihkih. Sapa-sapa yang ada masalah dalam mengurus kewangan tu bolehlah mintak nasihat dia. Tak payah susah-susah pegi AKPK.

Ok yang last sekali gua bagi gelaran 'The Clean Freak' sebab dia ni suka bersih. Kalau dapur kotor dia akan bising. Hikhikhikhik.... (cik Khai jangan marah ok...nanti gua jual). Lepas tu kalau ada masa lapang dia la yang sapu-sapu rumah. Gua tolong la jugak dia sikit-sikit. Takkan tak tolong kan. Tolong sepahkan dan tolong tengok. hahaha

Dah habes... tu sajala nak cerita. Kepada orang-orang rumah gua, jangan marah ok. Gurau-gurau hujung sem :P. Minta maaf salah silap dari hujung rambut sampai hujung kaki sepanjang kenal ngan korang ye. Haaa sudah-sudahla baca belog I ni... baik korang pegi setadi... tak lama lagi exam.

Okla, stop sini dulu. Till then, HAVE A BLISSFUL DAY AHEAD, MAY ALLAH BLESS!


p/s : 'Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.'


3 comments:

jaineh said...

terharu lah ann....hehe..thanks dear....cepatnya masa berlalu...

Ruzitah Bt Sammah said...

haha galak la la an ko ni xubah2 dr buaian smpi besar ni melukis jak keja mu

ariyana said...

jai- terharu ka? ko kena belanja kek coklat la ni macam... lol

gta- uih.... masa aku dalam buaian belum pandai lagi pegang pensel daaaa.... :P

Post a Comment

Powered by Blogger.