Hati Itu

Sunday, June 24, 2012 | |


'hati itu akan sentiasa bersama kamu. Bercakap dengan hati maka DIA akan dengar. Bercakap dari hati maka DIA akan dengar...' 

Gua suka kata-kata ini. Gua petik dari ucapan santai seorang teman seperjuangan dalam satu program yang gua ikuti tidak lama dulu. *harap-harap beliau tidak membaca tulisan gua yang ntahhapahapa ni*.

Hati. Heart. al-Qalb. Panggil ia apa saja. Gambarkan saja bagaimana pun bentuknya. Nescaya tidak ter'describe' ciri-ciri keistimewaan yang Allah anugerahkan buat sekeping hati milik setiap insan. Bagaimana perilaku kita, bagaimana sifat kita, bagaimana perwatakan kita, semuanya bertitik tolak dari keadaan sang hati yang tersembunyi. Kita mungkin boleh menipu dan mungkin tertipu dengan ucapan seseorang, mungkin juga boleh menipu dan tertipu dengan perbuatan... tapi hati yang tersembunyi itu tidak pernah menipu. Jika ikhlas niat hatinya, maka ikhlaslah... jika sebaliknya, DIA Maha Mengetahui.

Benarlah sabda sang kekasih junjungan besar (SAW), 
'... bila baik ia, maka baiklah seluruhnya...'

Sepanjang hidup gua, jujurnya telah banyak kali hati gua di'sentuh' seseorang. *Eceh*. Baik dari ucap kata seseorang, atau hanya dengan melihat perbuatan dan tingkahlakunya. Sebetulnya gua bukanlah seorang yang mudah tersentuh, kerana mengikut penilaian gua, gua ni seorang yang tidak berperasaan punya orang sebenarnya. (errr.... tidak berperasaan tidak sama dengan tidak berperikemanusiaan ya. Harap maklum).(^^)y

Tapi dalam banyak-banyak perkara yang menyentuh hati gua, ada dua insiden yang benar-benar buat gua terkesan. Entah macam manala 'diorang' buat. Dan sehingga ke hari ini pun, gambaran situasi itu dapat gua ingat, mengikut aturan kronologi yang tepat. Seperti baru semalam berlaku. ceh! *ayat klise yang meloyakan anak tekak*

Masa gua sekolah menengah dulu, sekitar gua form 1. Gua ada seorang classmate. Dormnya hanya sebelah dorm gua saja. Cantik, bijak, dan baik budaknya. Memang pakej lengkap menjadi menantu pilihan. hehehe. Kawan gua ni memang terkenal dengan sikap inocent, pendiam dan amat disenangi oleh guru-guru dan semua senior. Tambah-tambah dengan muka yang cute, peghhhh haruslah berderet orang hendak 'mengangkat' beliau jadi adik angkat kan. hehehe.

Tapi itu semua tidak penting. Yang penting ada satu insiden pasal dia yang gua tidak boleh lupa.

Insiden tu simple saja sebenarnya. Sangat biasa. Bertempat di dewan makan sekolah gua. Waktu tu jadual gua balik sekolah lambat dari kebiasaan. Pukul 1.45.  Memang penat, serabut, dan lapar gila. Jadi habis saja waktu sekolah gua dengan tangkasnya meluru keluar, pecut pegi dewan makan dalam keadaan kelam kelibut (eh?). errr.... bukan sebab lauk dewan makan tu sangat memikat selera dan hati nurani ye. Tapi kitorang kena berkejar masa keluar hostel semula pukul 2.30 untuk prep petang. Kang lambat haruslah kena hadiah spesel dari cik warden kan.

ok. Dipendekkan cerita. Gua dengan jayanya telah pun memperoleh makanan gua hasil dari titik peluh dan berkat kesabaran gua beratur panjang bersama rakan-rakan yang lain. Tanpa lengah gua mengambil port baik punya ( baca: bawah kipas) untuk makan. Sambil makan mulut tidak henti bersembang dengan rakan-rakan sekepala. kejap mengunyah, kejap kejap ketawa, kejap kejap bercerita *ok, jangan tiru aksi ini*.

Sedang rancak makan pluss berbual-bual, tiba-tiba....................
 *tak payahla tiba-tiba sangat kan...*

Ok, tetiba saja datang seekor kucing liar melompat atas meja, pergi tempat gua. Muka beliau memang sedih tahap tidak tergambar melalui perkataan minta simpati, tengok dari cutting badan... entah berapa hari la tidak makan. Gua sebenarnya kesian jugak tengok. Tapi rasa annoyed lebih mendominasi keadaan waktu itu. Gua rasa terganggu dengan keadaannya yang tidak berapa bersih dan comot, takut-takut makanan gua tercemar pulak. Tambah-tambah lagi gua memang berkejar masa waktu itu. Dengan selambanya gua syuh syuh saja kucing tu... i(T-T)i ... *tak patut gua kan?*  kucing tu pulak cam tau-tau saja kehadirannya tidak dialu-alukan. Beliau pun blah macam tu saja... pergi ke meja lain.

Gua sedar kawan gua yang baik tu duduk sebelah meja gua. Berseorangan. Bukan kerana tidak ada kawan, tapi mungkin teman rapatnya memilih untuk tidak makan tengah hari itu. Kucing tadi gua lihat pergi ke meja kawan gua. Mengiau-ngiau seperti biasa minta simpati. Mula-mula kawan gua buat biasa-biasa saja. Teruskan makan dengan tenang dan perlahan. Entah kenapa gua tertarik pulak melihat situasi tersebut. 

Gua ingat kucing tadi mengalami nasib yang sama buat kali kedua, tapi beliau lebih beruntung kali ini. Member gua tadi memotong separuh ikan goreng lauk tengah harinya dan memberikan potongan tersebut kepada si kucing tadi. Kucing tadi apa lagi, hepi bukan kepalang dia. Usai makan, lepas sahaja membasuh tangan, gua lihat dia mengusap-usap lagi kepala kucing tadi dengan manja. Mesra betul mereka... ish ish ish.

Dan gua pulak hanya mampu ternganga... Tercengang. Mula melihat diri kawan gua tadi, kemudian melihat diri sendiri. Cuba membanding beza. Oh tidak sanggup menganalisis keputusannya. Sangat berbeza sekali sifat dan perwatakan kami kan. Paling penting hatinya lebih murni jika dibandingkan dengan hati guaaaaa.... (T-T)... *oh my...

Mungkin ini hanya insiden yang biasa-biasa saja. Tapi,
Hati gua sentap. Disentuh oleh hatinya yang ikhlas. Dia buat gua sedar. Dia tinggalkan kesan di hati gua.

Insiden kedua pulak berlaku semasa gua berada tahun ketiga di U. Setting masa berbeza kali ini, berlaku pada awal-awal pagi. Apa yang sama kali ini adalah keadaan gua yang masih berlari berkejar-kejaran dengan masa juga. Heeee. Waktu tu gua baru sahaja sampai di perkarangan fakulti. Ada lebih kurang 10 minit sahaja lagi untuk kuliah bermula. Jadi gua tanpa lengah cepat-cepat meluru ke Audi, tempat kuliah berlangsung. Dari jauh gua lihat ramai kawan sekursus gua yang lain bertenggek di luar audi sembang-sembang itu ini. Fuh, petanda baik bagi gua dan rakan-rakan lambat yang lain kerana opkosla pensyarah gua belum lagi sampai kan. Yeay 6(^^)9

Gua dan beberapa member serumah lain pun terkocoh-kocoh meluru ke Audi. Sambil berjalan tu gua cuba betulkan tudung gua yang huru hara (Tidak sempat tengok cermin pagi tadi sebab kalut sangat) Pada perkiraan gua ada banyak masa lagi, so gua pun berhenti sekejap di sebuah bangunan, menilik sliding window yang terkatup rapat. Disebabkan penataan cahaya dari dalam bangunan lebih malap dari arah luar bangunan, secara logiknya refleksi gua akan terpantul semula melalui sliding window tersebut kan? Canteklaaa. Ngam sangat. Boleh lah gua bercermin... d(^^)b

Jadi secara mudahnya gua pun mengambil keputusan untuk berhenti dan bercermin bagi membetulkan tudung gua yang haru biru. Sedang gua sibuk membetulkan itu ini, tempek bedak sana sini, tiba-tiba gua rasa macam ada orang lain dalam bangunan tersebut. Segan pulak tiba-tiba jadinya. Kantoi pulak bercermin kan. Adeh (--')y. Gua amati apa yang dilakukan oleh 'seseorang' tu. Cuba berharap mudah-mudahanla beliau tidak perasan dan ambik kisah apa yang gua buat sebentar tadi... (^^')9

Gua amati betul-betul. Kelihatan seperti bersujud. Gua berfikir seketika. Secara spontan melihat skrin henset yang kebetulan berada di tangan dan melihat jam. Lebih kurang lima minit ke pukul lapan. Yaaaaa, haruslah! bukankah bahagian bilik ini adalah surau untuk lelaki?

Gua secara tidak langsungnya tertarik untuk terus melihat lagi gerak-geri 'seseorang' tadi. Usai dia bangkit dari sujud, memberi salam, kanan dan kiri. Saat itulah gua cam siapa orangnya. Eceh.

oh, dia rupanya. No wonder! 

Masa itu rasa mau saja gua terbang pergi ke utara tanah air untuk menemuramah ibunya dan bertanya : ' camna macik didik anak macik ni... soleh noh. ghasa nak buat menantu pun ada!'  kihkihkihkih.

Mungkin ini hanya insiden biasa-biasa saja bagi sesetengah orang. Tapi berlainan pula bagi gua. Dalam masa beberapa minit sebelum mula kuliah, beliau lebih memilih untuk mengisi masanya dengan berdhuha dan 'bertemu janji' dengan Allah, tidak seperti teman-teman sekuliahnya yang lain (termasukla gua), berdiri dan bersembang di luar audi sebelum prof memulakan kuliah.

Untuk dua sahabat gua ini, terima kasih gua ucapkan. Kamu telah berjaya menyentuh hati ini, walau tanpa kamu sedari. Kamu membuat gua sedar, kuasa keikhlasan hati seseorang. Tanpa sepatah kata pun kamu berjaya membuat gua percaya, HATI YANG IKHLAS ITU, BERUPAYA MENYENTUH HATI-HATI YANG LAIN. :)



P/S : semoga 'hati itu' juga sentiasa bersama gua... bersama kita :)


Sometimes, the heart sees what the eyes cant ;
4 Syaaban 1433 H
1812





0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.